Tuesday, December 9, 2008

TAZKIRAH HABIB ALI ZAINAL ABIDIN (Part 1)

Kemuliaan Nabi Muhammad sallallahu aleihi wassalam

Tiada majlis yg lebih mulia drpd majlis yg disebut nama Allah s.w.t dan tiada sebuah majlis yg lebih mulia di sisi Allah s.w.t daripada majlis yg nama kekasih Allah s.w.t, iaitu Muhammad sallallahu aleihi wassalam disebut

Waktu turunnya wahyu surah al-Insyirah, Jibrail a.s bertanya kpd Nabi Muhammad sallallahu aleihi wassalam samada Baginda tahu bagaimanakah Allah s.w.t menaikkan nama Baginda, lalu Nabi Muhammad sallallahu aleihi wassalam menjawab bahawa Allah s.w.t lebih mengetahui. Lalu Jibrail a.s menjawab bahawa dengan disebut nama Allah s.w.t bersama nama Nabi Muhammad sallallahu aleihi wassalam

Kisah Nabi Musa a.s

Nabi Musa a.s berdoa agar umatnya diberikan kelebihan mendapat pahala azam, tetapi Allah s.w.t berkata bahawa kelebihan ini hanya untuk umat Nabi Muhammad sallallahu aleihi wassalam

Begitu juga dgn kelebihan membuat amalan yg diazam, maka akan diberi ganjaran 10 kali ganda, manakala ganjaran pahala jika tidak membuat maksiat yg telah diazamkan

Hanya dikira satu dosa sahaja jika melakukan satu maksiat

Untuk semua permintaan ini, Allahs.w.t menjawab ianya hanya untuk umat Ahmad

Maka Nabi Musa a.s berdoa agar dapat menjadi umat Nabi Muhammad sallallahu aleihi wassalam, namun Allah s.w.t berpesan kepada Nabi Musa a.s agar bersyukur kerana telah dipilh menjadi Rasul

Hijrah ke Taif

Zaid bin Harithah mengelilingi Nabi Muhammad sallallahu aleihi wassalam untuk melindungi Baginda daripada dipukul oleh penduduk yang melontar dan membaling batu ke arah Baginda semasa di Taif

Orang-orang kafir ini mambantu Nabi Muhammad sallallahu aleihi wassalam untuk berdiri semula ketika Baginda terjatuh agar mereka dapat membaling Baginda dengan batu semula

Datang malaikat Jibrail a.s bertemu Nabi Muhammad sallallahu aleihi wassalam bersama-sama dengan dua malaikat penjaga gunung yang telah bersedia untuk menimpakan gunung-gunung tersebut ke atas penduduk Taif

Sebaliknya Nabi Muhammad sallallahu aleihi wassalam berdoa agar penduduk Taif tersebut mendapat hidayah dan Nabi Muhammad sallallahu aleihi wassalam berharap agar keturunan mereka yang akan datang adalah golongan yang akan menyebut kalimah Tarbiyyah

Perbezaan Sifat Orang Beriman dengan Munafik

Surah as-Sajdah:ayat 16

Orang-orang yang beriman, sifat-sifat mereka ialah kurang tidur

Ahli tafsir berkata bahawa mereka ini mula menjauhi dari katil mereka selepas Maghrib

Sebaliknya sifat orang munafik, selepas Maghrib mereka tidur dan bangkit semula ketika terbit matahari

Sifat orang-orang munafik berat untuk mengerjakan solat Subuh dan Isyak secara berjemaah

Para sahabat tidak dapat membezakan golongan munafik ini melainkan dengan dengan cara ini

Keutamaan Majlis Ilmu

Nabi Muhammad sallallahu aleihi wassalam ketika masuk ke masjid mendapati terdapat tiga halaqah; (2 majlis zikir dan satu lagi majlis ilmu) dan Nabi Muhammad sallallahu aleihi wassalam memilih untuk duduk di dalam majlis ilmu

Apabila ditanya akan perbuatan Nabi Muhammad sallallahu aleihi wassalam itu, Baginda menjawab bahawa majlis zikir itu baik tetapi majlis ilmu ini lebih baik

Kisah Tiga Orang Hamba Allah

Dalam satu majlis Nabi Muhammad sallallahu aleihi wassalam, datang tiga orang hamba Allah

Yang pertama berlalu pergi, yang kedua duduk singgah tetapi duduk di belakang sementara yang ketiga duduk memenuhi ruang-ruang kosong di hadapan

Nabi Muhammad sallallahu aleihi wassalam lalu berkata”sukakah aku ceritakan kisah tiga orang?”

Yang pertama dia berpaling daripada Allah s.w.t maka Allah s.w.t juga berpaling daripadanya

Ibarat mereka yang berpaling dari majlis ilmu, maka dia berpaling daripada Allah s.w.t

Yang kedua dia segan kepada Allah s.w.t, maka Allah s.w.t juga malu kepadanya

Orang yang Allah s.w.t malu, maka tidak akan diazab oleh Allah s.w.t kerana orang tersebut malu untuk berpaling daripada majlis ilmu

Yang ketiga dia datang kepada Allah s.w.t, maka Allah s.w.t datang kepadanya

Yang paling utama di dalam majlis ilmu adalah NIAT kerana Allah s.w.t itu hanya melihat pada hati-hati kita

Di dalam majlis ilmu, akan ada malaikat yg datang untuk mengaminkan doa mereka yang hadir

Walaupun orang itu hadir bukan dengan niat untuk ke majlis ilmu, tetapi atas urusan yang lain, maka dia turut memperolehi keampunan Allah s.w.t kerana duduk bersama-sama orang yang menghadiri majlis ilmu

Maka hendaklah kita perbaharui niat kita di dalam majlis ilmu ini dan kita akan memperolehi lebih daripada keampunan Allah s.w.t

No comments: