Monday, April 4, 2011

Kuliah Duha - 10/04/2011- Akan disampaikan oleh Habib Abdul Rahman

Assalamualaikum,
Sekadar Manyampaikan amanah.

Dengan hormat takzim, tuan-tuan yang mulia dijemput ke majlis Ilmu, Kuliah Duha pada Hari Ahad 10 April 2011, di Baitul Qurra.

Kuliah Duha dijadualkan bermula pada jam 9.30 pagi dan akan disampaikan oleh Habib Abdul Rahman.

Sila sampaikan undangan ini kepada para muslimeen serta muslimat.
Semoga semua dapat menghadiri untuk memeriahkan majlis ini serta mencari keredhaan Allah.

Sekian

Tuesday, January 4, 2011

Gambar Dan Video Majlis bacaan Ratib Al Haddad - 1 Januari 2011

Alhamdulillah, Segala puji pujian hanya bagi Allah SubhanAllahuwata'ala, Majlis bacaan Ratib Al-Haddad telah diadakan pada 1 Januari 2011. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran 2 habaib yang datangnya dari Hadramaut , Habib Idris serta Habib Abd Rahman Bin Ali Al-Masyhur iaitu Mudir Darul Mustafa Di Sanaa' Yaman. Sambutan majlis ini semakin menggalakkan dengan kehadiran para jemaah dari seluruh Malaysia.
Semoga majlis seperti bukan sahaja terus mendapat sambutan di kalangan masyarakat malah terus berkembang di seluruh Malaysia. Semoga para pentadbir Baitul Qurra, penganjur-penganjur yang terlibat, para pelajar serta para jemaah sekalian mendapat rahmat dan keberkatan dari ALLAH.

Gambar Gambar Sekitar Majlis



Baitul Qurra dalam Pengubahsuaian









Video Ucapan Ustaz Zul




Video Qasidah Ya Arhamarrahimin



Video Tala'al-Badru 'alayna - Dipimpin oleh Habib Abdul Rahman Bin Ali Al-Masyhur