Monday, March 22, 2010

Majlis Bacaan Ratib Imam Al-Haddad di Baitul Qurra' Melaka

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa " Majlis Bacaan Ratib Imam Al-haddad Rahimahullah " akan diadakan di Pondok Baitul Qurra’ pada 24 Mac 2010 (Rabu).

Majlis kali ini akan dihadiri oleh Ulama Besar dari Hadramaut , Yemen. Habib Ali Zainal Abidin juga insyaAllah akan turut hadir selaku penterjemah untuk Majlis Tazkirah.

Secara ringkasnya, majlis ini akan dimulakan dengan bacaan Ratib Imam Al-haddad diikuti Solat Magrib berjemaah,bacaan Qasidah oleh para pelajar Baitul Qurra , Majlis Tazkirah, Solat Ishak berjemaah dan diakhiri dengan jamuan makan.

Harap kepada semua dapat menghadiri majlis ini andai berkesempatan.