Tuesday, December 9, 2008

PEMBINAAN PUSAT TAHFIZ BAITUL QURRA’

Assalamualaikum wbt,

Pembinaan Pusat Tahfiz Baitul Qurra’sememangnya selaras dengan cita-cita Ustaz Zulkifli Bin Ismail untuk melahirkan ramai golongan ulama' bukan sahaja dari negeri Melaka, bahkan dari seluruh pelusuk Malaysia

Ia merupakan pelan jangka panjang Baitul Qurra’ dalam tempoh lima ke sepuluh tahun akan datang

Kepada saudara/saudari yang ingin menyumbang, sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akaun berikut:

BANK MUAMALAT

No Akaun: 04010032361729

Nama Pemilik: Zulkifli Bin Ismail

Semoga Allah s.w.t membalas sumbangan saudara/saudari dengan balasan kebaikan di dunia dan di akhirat kelak

Bersama-sama kita berdoa agar cita-cita yang murni ini akan tercapai





Majlis Bacaan Ratib Imam al-Haddad

Pada hari rabu minggu lepas, 3 Disember 2008 Satu majlis Bacaan Ratib Imam Al-Haddad telah diadakan. Majlis bermula dengan solat magrib berjemaah, diikuti Bacaan ratib Imam al-Haddad, Bacaan Qasidah oleh para pelajar Baitul Qurra. Majlis diteruskan dengan Tazkirah yang disampaikan oleh Habib ALi Zainal Abidin (kandungan tazkirah terdapat dalam post sebelum ini) , dan bacaan Qasidah oleh Para pelajar Baitul Qurra. Majlis diakhiri dengan Solat Ishak Berjemaah dan jamuan Makan. Alhamdulillah, majlis ini telah selamat dilangsungkan dan telah mendapat sambutan yang memuaskan.


Sebahagian daripada para hadirin yang menghadiri Majlis Bacaan Ratib

Ustaz Zul bersama Habib Ali Zainal Abidin


Ketika Qasidah dibacakan oleh Para pelajar Baitul Qurra'

Sebahagian daripada Pelajar Baitul Qurra bersama Pelajar-pelajar yang
menghadiri Program Daurah

Para hadirin menjamu selera

TAZKIRAH HABIB ALI ZAINAL ABIDIN (Part 2)

Kelebihan 10 Malam Pertama Zulhijjah

“Demi malam yang sepuluh”

Surah al-Fajr:ayat 2

Seorang mufassir, as-Subki menafsir bahawa 10 malam dalam surah tersebut adalah 10 malam pertama di bulan Zulhijjah

Antara kelebihan 10 malam ini ialah:

  • Berpuasa sehari di siang harinya seumpama berpuasa setahun
  • Berpuasa pd Hari Arafah (9 Zulhijah) menghapuskan dosa yang sebelum dan selepasnya
  • Mereka yang menghidupkan malam dengan qiamullail umpama menghidupkan Lailatulqadar

Sifat Orang Mencari Ilmu

Bagi mereka yang belajar agama, perkara pertama yang terpenting ialah IKHLAS kerana Allah s.w.t

Barangsiapa yang mencari ilmu agama yang sepatutnya untuk Allah s.w.t tetapi dibuat bukan kerana Allah s.w.t tidak akan mencium bau syurga

Mereka ini diumpamakan seperti anjing, lidah mereka akan sentiasa terjulur

Ciri-Ciri Orang Yang Kuat Mencari Ilmu

1. Sifat TAQWA kepada Allah s.w.t dengan sentiasa merasakan diri ini sentaisa diawasi oleh Nya

  • Kisah seorang guru yang lebih mengasihi seorang anak muridnya daripada muridnya yang lain
  • Guru tersebut lantas menguji muridnya agar menyembelih seekor ayam di tempat yang tidak dapat dilihat oleh sesiapa
  • Semua muridnya kembali membawa ayam yang sudah mati disembelih, namun anak muridnya yang lebih dikasihi itu gagal melaksanakan arahan gurunya kerana dia tidak menjumpai tempat yang mana tiada siapa pun melihatnya di dunia ini, dia tahu Allah s.wt sentiasa melihatnya
  • Begitu juga dengan sifat mereka yang apabila hendak berbuat dosa dihadapan orang, mereka nampak seperti orang bertaqwa, namun apabila dibelakang mereka melakukan dosa dan berperangai buruk

2. Sifat TAWADHUK kepada manusia lain

  • Dalam sebuah kisah, seorang ayah telah meminta anaknya untuk menajamkan pisau di al-Haddad (tukang besi)
  • Namun anaknya telah membawa pisau itu kepada Habib Abdullah Al-Haddad, maka Imam al-Haddad telah mengarahkan anak itu pulang dan mengambil kembali pisaunya esok walaupun pada ketika itu beliau telah buta
  • Beginilah sifat orang yang berilmu, apabila bertambah ilmu semakin bertawadhuk dia

3. ZUHUD kepada dunia

4. MUJAHADAH LINAFSIHI

  • Bermujahadah dalam mengamalkan ilmu yang pelajarinya sebelum disampaikan kepada orang lain untuk diamalkan

TAZKIRAH HABIB ALI ZAINAL ABIDIN (Part 1)

Kemuliaan Nabi Muhammad sallallahu aleihi wassalam

Tiada majlis yg lebih mulia drpd majlis yg disebut nama Allah s.w.t dan tiada sebuah majlis yg lebih mulia di sisi Allah s.w.t daripada majlis yg nama kekasih Allah s.w.t, iaitu Muhammad sallallahu aleihi wassalam disebut

Waktu turunnya wahyu surah al-Insyirah, Jibrail a.s bertanya kpd Nabi Muhammad sallallahu aleihi wassalam samada Baginda tahu bagaimanakah Allah s.w.t menaikkan nama Baginda, lalu Nabi Muhammad sallallahu aleihi wassalam menjawab bahawa Allah s.w.t lebih mengetahui. Lalu Jibrail a.s menjawab bahawa dengan disebut nama Allah s.w.t bersama nama Nabi Muhammad sallallahu aleihi wassalam

Kisah Nabi Musa a.s

Nabi Musa a.s berdoa agar umatnya diberikan kelebihan mendapat pahala azam, tetapi Allah s.w.t berkata bahawa kelebihan ini hanya untuk umat Nabi Muhammad sallallahu aleihi wassalam

Begitu juga dgn kelebihan membuat amalan yg diazam, maka akan diberi ganjaran 10 kali ganda, manakala ganjaran pahala jika tidak membuat maksiat yg telah diazamkan

Hanya dikira satu dosa sahaja jika melakukan satu maksiat

Untuk semua permintaan ini, Allahs.w.t menjawab ianya hanya untuk umat Ahmad

Maka Nabi Musa a.s berdoa agar dapat menjadi umat Nabi Muhammad sallallahu aleihi wassalam, namun Allah s.w.t berpesan kepada Nabi Musa a.s agar bersyukur kerana telah dipilh menjadi Rasul

Hijrah ke Taif

Zaid bin Harithah mengelilingi Nabi Muhammad sallallahu aleihi wassalam untuk melindungi Baginda daripada dipukul oleh penduduk yang melontar dan membaling batu ke arah Baginda semasa di Taif

Orang-orang kafir ini mambantu Nabi Muhammad sallallahu aleihi wassalam untuk berdiri semula ketika Baginda terjatuh agar mereka dapat membaling Baginda dengan batu semula

Datang malaikat Jibrail a.s bertemu Nabi Muhammad sallallahu aleihi wassalam bersama-sama dengan dua malaikat penjaga gunung yang telah bersedia untuk menimpakan gunung-gunung tersebut ke atas penduduk Taif

Sebaliknya Nabi Muhammad sallallahu aleihi wassalam berdoa agar penduduk Taif tersebut mendapat hidayah dan Nabi Muhammad sallallahu aleihi wassalam berharap agar keturunan mereka yang akan datang adalah golongan yang akan menyebut kalimah Tarbiyyah

Perbezaan Sifat Orang Beriman dengan Munafik

Surah as-Sajdah:ayat 16

Orang-orang yang beriman, sifat-sifat mereka ialah kurang tidur

Ahli tafsir berkata bahawa mereka ini mula menjauhi dari katil mereka selepas Maghrib

Sebaliknya sifat orang munafik, selepas Maghrib mereka tidur dan bangkit semula ketika terbit matahari

Sifat orang-orang munafik berat untuk mengerjakan solat Subuh dan Isyak secara berjemaah

Para sahabat tidak dapat membezakan golongan munafik ini melainkan dengan dengan cara ini

Keutamaan Majlis Ilmu

Nabi Muhammad sallallahu aleihi wassalam ketika masuk ke masjid mendapati terdapat tiga halaqah; (2 majlis zikir dan satu lagi majlis ilmu) dan Nabi Muhammad sallallahu aleihi wassalam memilih untuk duduk di dalam majlis ilmu

Apabila ditanya akan perbuatan Nabi Muhammad sallallahu aleihi wassalam itu, Baginda menjawab bahawa majlis zikir itu baik tetapi majlis ilmu ini lebih baik

Kisah Tiga Orang Hamba Allah

Dalam satu majlis Nabi Muhammad sallallahu aleihi wassalam, datang tiga orang hamba Allah

Yang pertama berlalu pergi, yang kedua duduk singgah tetapi duduk di belakang sementara yang ketiga duduk memenuhi ruang-ruang kosong di hadapan

Nabi Muhammad sallallahu aleihi wassalam lalu berkata”sukakah aku ceritakan kisah tiga orang?”

Yang pertama dia berpaling daripada Allah s.w.t maka Allah s.w.t juga berpaling daripadanya

Ibarat mereka yang berpaling dari majlis ilmu, maka dia berpaling daripada Allah s.w.t

Yang kedua dia segan kepada Allah s.w.t, maka Allah s.w.t juga malu kepadanya

Orang yang Allah s.w.t malu, maka tidak akan diazab oleh Allah s.w.t kerana orang tersebut malu untuk berpaling daripada majlis ilmu

Yang ketiga dia datang kepada Allah s.w.t, maka Allah s.w.t datang kepadanya

Yang paling utama di dalam majlis ilmu adalah NIAT kerana Allah s.w.t itu hanya melihat pada hati-hati kita

Di dalam majlis ilmu, akan ada malaikat yg datang untuk mengaminkan doa mereka yang hadir

Walaupun orang itu hadir bukan dengan niat untuk ke majlis ilmu, tetapi atas urusan yang lain, maka dia turut memperolehi keampunan Allah s.w.t kerana duduk bersama-sama orang yang menghadiri majlis ilmu

Maka hendaklah kita perbaharui niat kita di dalam majlis ilmu ini dan kita akan memperolehi lebih daripada keampunan Allah s.w.t