Saturday, March 28, 2009

Pengumuman - Majlis Bacaan Ratib Al-haddad Rahimahullah - 1 April 2009

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa " Majlis Bacaan Ratib Al-haddad Rahimahullah Bulanan" akan diadakan di Pondok Baitul Qurra’ hari Rabu 1 April 2009. Secara ringkasnya, majlis ini akan dimulakan dengan Solat Magrib berjemaah, diikuti oleh bacaan Ratib Al-Haddad, Majlis Tazkirah oleh tetamu jemputan, bacaan Qasidah, Solat Ishak berjemaah dan diakhiri dengan jamuan makan. Harap kepada semua yang melawati blog ini dapat menghadiri majlis ini andai berkesempatan

Bacaan Ratib al-Haddad

Masa: Rabu minggu pertama setiap bulan

Aturcara Majlis:

1. Solat Maghrib berjemaah
2. Tazkirah oleh tetamu jemputan
3. Bacaan ratib
4. Solat Isyak berjemaah
5. Jamuan

Monday, March 23, 2009

Video MaulidurRasul

Gambar Gambar Maulid

Pada 8 March 2009, bersamaan 12 rabiualwal, MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL telah diadakan di Baitul Qurra. Majlis ini telah dihadiri oleh para habaib seperti HABIB KASIM IBN JA'FAR IBN MUHAMMAD as-Saqqaf al-Hadrami al-Husaini yang telah datang dari Hadramaut Yemen, Habib Ali Zain dan HABIB Najmudin. Majlis ini telah dihadiri oleh ramai tetamu dan mendapat sambutan yang amat baik. Alhamdulillah, segala puji pujian hanya bagi ALLAH yang telah memgizinkan Majlis ini berjalan dengan lancar dan Baik.







Tazkirah Maulidurrasul: NIKMAT ISLAM

Disampaikan oleh: HABIB KASIM IBN JA'FAR IBN MUHAMMAD as-Saqqaf al-Hadrami al-Husaini.

(Nota berikut merupakan nota ringkas yang telah diambil ketika Habib sedang menyampaikan Tazkirahnya. )

1. Kalimat Syukur itu sendiri merupakan nikmat dari Allah. Nikmat Allah sentiasa diperbaharui dengan kita sentiasa melakukan sujud syukur. Manusia tidak mampu mensyukuri segala kenikmatan Yang Allah berikan.

2. Kita tidak sedar dengan kewujudan nikmat ALLAH sehingga nikmat itu ditarik balik Dari Allah

3. Cuba kita perhatikan salah satu nikmat dari Allah, iaitu kebolehan kita bernafas. Bila nikmat itu diambil , contohnya seperti ketika kita diserang dan dicekik orang, kita akan rasa betapa besarnya kehilangan kerana tidak dapat bernafas. Manusia tidak akan sedar akan kenikmatan yang diberi kepadanya sehingga kenikmatan itu dimabil daripadanya. Oleh itu kita wajib sentiasa bersyukur kepada Allah.

4. Antara nikmat-nikmat dari Allah yang besar adalah Nikmat Islam, kita digolongkan di dalam golongan yang beriman dan Kita digolongkan di dalam umat Nabi Muhammad(selawat dan salam ke atasa baginda) iaitu umat yang lebih baik daripada umat-umat yang terdahulu.

5. Daripada nikmat Islam itu sendiri, terkandung lebih banyak nikmat. Umat terdahulu menjadi debu dan dihancurkan kerana tidak beriman kepada Allah.Jibril(alaihissalam) pernah bertanya kepada Allah, mengapa manusia tidak dijadikan sama rata, lalu Allah menyatakan Dia lebih suka dikenali dan disyukuri oleh hamba-hambanya

6. Orang orang kafir turut menerima kenikmatan, contohnya kenikmatan Keamanan dan kenikmatan makanan walaupon tidak beriman Pada Allah Dan Rasul-Nya. Orang Islam menikmati kenikmatan yang khusus, iaitu tergolong dalam umat Nabi Muhammad (selawat dan salam keatas Baginda) dan menjadi pengikut baginda. Nikmat Khusus ini wajib kita syukuri sebagai orang yang beriman.

7. Nikmat Makanan, makanan mengandungi sumber-sumber nutrisi untuk keperluan badan. Bila dimakan, para malaikat menyalurkan kandungan-kandungan nutrisi di bahagian bahagian yang sudah ditetapkan Allah. Jika nutrisi nutrisi tidak disalurkan dengan betul, sudah tentu pertumbahan bahagian badan kita tidak seimbang.

8. Ilmu ilmu yang baru ditemui dan diterokai adalah sebagian kecil daripada ilmu Allah. Contohnya Maut, para doctor hanya dapat mendefinasikan mati itu bila jantung manusia telah berhenti dan otak tidak berfungsi lagi. Sementara para Ulama mendefinasikan maut itu apabila keluarnya roh dari jasad, atau bila roh berpisah daripada badan dan sesungguhnya Roh itu ada lah perkara khusus bagi Allah.

9. Marilah kita beramai ramai bersukur kepada nikmat terbesar iaitu nikmat Islam dengan berusaha meningkatkan keimanan. Dalam nikmat Islam , ada nikmat tergolongnya kita semua didalam golongan Nabi Muhammad (Selawat dan salam ke atas Baginda). Mensyukuri nikmat ini boleh dilakukan seperti mangamalkan sebanyak sunnah sunnah Nabi. mempelajari sirah2 Nabi, membaca Qasidah dan sebagainya.

10. Kita harus sedar, Islam itu merupakan Nikmat terbesar. Kita tidak pernah sekali pon berdoa kepada Allah,” Jadikan aku seorang Muslim….” Atau “ jadikan aku tergolong dalam Umat Nabi Muhammad …..” (selawat dan salam ke atas baginda). Sesungguhnya Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa Dia kehendaki.

11. Kita wajib untuk sentiasa bersyukur kepada Allah. Setiap nikmat wajib disyukuri, Ramai di antara kita banyak beribadat, tetapi sedikit sahaja golongn yang bersyukur. Maka jadilah dari golongan yang sedikit.

12. Antara cara cara terbaik kita melahirkan kesukuran kepada Allah ialah

a. Jangan sesekali kita meletakkan kepala untuk tido melainkan sudah melakukan solat sunat Witir

b. Dalam satu hari dan satu malam, buka dan baca lah AL-Quran walaupun hanya dengan membaca satu muka. Dan berhati hatilah jika kita tidak membaca Al-quran dalam tempoh seminggu.

13. Kita harus meyakini dan mengimani bahawa sebab kita mendapat semua nikmat ini adalah disebabkan Nabi Muhammad (selawat dan dalam ke atas baginda). Surga, Islam dan setiap kebaikan diperoleh para Muslim atas sebab Nabi junjungan kita ,Muhammad (selawat dan salam ke atas baginda). Amalan yang 70 para malaikat keletihan menulis ganjaranya adalah bersukur dan berterima kasih menerima kenikmatan disebabkan Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atas baginda)