Saturday, December 26, 2009

Majlis Bersama Guru Mulia al-Hafiz al-Musnid Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz

1) Tarikh : 10 januari 2010 / 23 Muharram 1431 H
Tempat : Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya, Selangor
Masa : 6 petang hingga 10 malam

2) Tarikh : 12 januari 2010 / 25 Muharram 1431 H
Tempat : Baitul Qurra, Sungai Udang, Melaka
Masa : 6 petang hingga 10 malam


Siapakah al-Hafiz al-Musnid Habib Umar???
- nama penuh beliau ialah Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin ‘Abdullah bin Abu Bakar bin ‘Aydrus bin Umar bin ‘Aydrus bin Umar bin Abu Bakar bin ‘Aydrus bin Hussain bin Syaikh Abu Bakar bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin ‘Abdullah bin Abdurrahman as-Saqqaf bin Muhammad Maula al-Dawilah bin ‘Ali bin ‘Alawi bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shahib al-Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidullah bin Ahmad al-Muhajir bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussain as-Sibt putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Tholib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Sayyidina al-Musthofa Muhammad s.a.w. Beliau adalah keturunan yang ke-39 daripada baginda al-Musthofa Nabi Muhammad s.a.w melalui salasilah Sayyidina Hussain as-Syahid bin Ali bin Abi Tholib RA.

Semenjak kecil lagi Habib Umar telah menghafal al Quran. Beliau merupakan seorang ahli hadis yang mencapai taraf al-Hafiz, iaitu telah menghafal lebih 100 000 hadis berserta sanad dan hukum matan. Beliau juga digelar dengan panggilan al-Musnid, iaitu orang yang mampu menghafal penuh setiap salasilah hadis sehingga Nabi Muhammad s.a.w. Beliau juga digelar al-Mufassir, iaitu ahli tafsir al-Quran yang menghafal setiap asbabulnuzul dan didukung dengan hadis-hadis yang sahih beserta asbabul wurudnya.

Habib Umar adalah seorang pendakwah dan ahli sufi yang telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang terkenal iaitu Darul Mustafa di Tarim, Hadramaut, Yaman. Beliau juga tersenarai di dalam "The 500 Most Influential Muslims" di nombor ke 33. Habib Umar merupakan guru yg amat dihormati al-Allamah al-Ustaz al-Fadhil Haji Zulkifli bin Haji Ismail, mudir Pondok Baitul Qurra' Wal Ilmi.

Kehadiran tuan / puan dialukan dan amat dialukan2 jika ada sumbangan kewangan bagi membiayai majlis ini. Sila panjangkan email ini kepada rakan Muslim di Melaka dan sekitarnya. Semoga kehadiran / sumbangan daripada anda mendapat kasih sayang Allah SWT .Sebarang sumbangan sila serahkan pondok Baitul Qurra atau hubungi Al Fadhil Ustaz Zulkifli sendiri.

Friday, November 6, 2009

Mutiara Qasidah - Ya Saiyidi Ya Rasulullah

Qasidah ini dibacakan oleh pelajar Baitul Qurra semasa Majlis Haul Imam Al-Haddad





Ya Saiyidi Ya Rasulullah

يا سيدي يا رسول الله

يا سيدي يا رسولَ الله - يا من له الجَاهُ عند الله

إنّ الْمُسِيْئِيْنَ قدْ جَاءُوك - بالذّنْبِ يَسْتَغْفِرُونَ الله

يا سيّد الرُّسْل هَادِيْنـا - هَيـّا بِغَارة إِلَيْنا الآن

يا هِِمَّة السّادات الأقْطاَب- مَعَادِن الصِّدْقِ والسِّرّ

نَادِ المُهَاجِرصَفِيّ الله -ذاك ابْنُ عيسى أبَا السَّادات

ثُمّ المُقَدّم ولِيّ الله - غَوْث الوَرَى قُدْوَة القَادات

ثمّ الوَجِيْـه لِديْنِ الله - سَقّافَنا خَارِق الْعَادَات

والسّيّد الكامِل الأَوّاب - العَيْدرُوس مَظْهَر القُطْر

قُومُوا بِنا واكْشِفُوا عَنّا - يا سَاداتِي هذِه الأَسْوَ

وَاحْمواُ مَدِيْنَتْكُم الغَنَّا - مِنْ جُمْلةِ الشَّرّ والْبَلْوَى


Qasidah ini menceritakan tentang tawassul kepada Rasulullah SAW dan para salaf, di antara mereka: Ahmad bin Isa Al-Muhajir, Al-Faqih Al-Muqaddam, Abdurrahman Al-Saggaf, Abdullah Al-idrus untuk kita mendapat pengampunan dari Allah SWT dan di jauhkan dari segala kejahatan dan musibah

*Dipetik dari http://alhawi.net/ya_saiyidi_ya_rasulullah.htm*

Dapatkan MP3 juga di http://alhawi.net/ya_saiyidi_ya_rasulullah.htm

Tuesday, November 3, 2009

Tazkirah Habib Abdul Rahman Bin Hussain Assegaf

Tazkirah ini diadakan pada Majlis Haul Imam Al-haddad seminggu yang lepas pada 27 October 2009.

Bahagian 1



Bahagian 2



Bahagian 3



Bahagian 4

Tuesday, October 20, 2009

Majlis Haul Imam Al-Haddad

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa " Majlis Haul Imam Al-haddad Rahimahullah " akan diadakan di Pondok Baitul Qurra’ pada 27 October 2009.

Majlis ini Akan dihadiri oleh Ulamk Besar dari Hadramaut , Yemen, iaitu Habib Mokhsein iaitu Timbalan kepada pemegang keturunan anak anak, cucu cucu Rasulullah (selawat dan salam keatas Baginda) dari sebelah keturunan Imam Al-haddad

Secara ringkasnya, majlis ini akan dimulakan dengan bacaan Ratib Imam Al-haddad diikuti Solat Magrib berjemaah,bacaan Qasidah oleh para pelajar Baitul Qurra , Majlis Tazkirah oleh al_habib Mokhsein, , Solat Ishak berjemaah dan diakhiri dengan jamuan makan. Harap kepada semua dapat menghadiri majlis ini andai berkesempatan.

Tuesday, October 13, 2009

Kuliah Dhuha Baitul Qurra - 04/10/2009

Kuliah Dhuha disampaikan oleh Ustaz Zul di baitul Qurra pada setiap Ahad jam 10 pagi. Semua dijemput hadir.

Bahagian 1




Bahagian 2




Bahagian 3



Bahagian 4



Bahagian 5



Bahagian 6

Wednesday, July 29, 2009

Kitab "Penawar Bagi Hati" ditulis oleh Sheikh Abdul Qadir Bin Abdul Muttalib

Hasil tulisan disini dipetik dari Kitab tasawuf "Penawar Bagi Hati" ditulis oleh Sheikh Abdul Qadir Bin Abdul Muttalib . Kitab ini adalah kitab asas bagi ilmu tasawuf, diterbitkan didalam tulisan jawi. Kitab ini diajar di Masjid Al-alami MITC Melaka pada setiap hari Rabu.


Kata Pengantar

Segala puji bagi Allah Ta'ala tuhan yang menjadikan ia akan jin dan manusia supaya mengerjakan mereka itu akan ibadat, lagi yang sangat mengetahui Ia akan yang tersembunyi didalam dada dan segala mata yang khianat dan lagi akan bertanya, Ia akan bertanya Ia daripada pendengar dan penglihat dan hati dan lan lainnya pada hari Qiamat, dan selawat dan salam adalah keduanya bagi Nabi yang dibangkitkan kepada sekelian alam kerana rahmat, yang bersabda ia, "bahawasanya Allah Ta'ala tiada menilik Ia kepada rupa kamu dan tetapi menilik Ia kepada segala hati kamu, dan atas sekelian keluarganya dan sahabatnya yang membersihkan mereka itu akan segala hati mereka itu daripada sifat sifat kecelaan, dan menghiasi mereka itu akan dia dengan perangai yang yang baik dan sifat kepujian.
Ammaba'd
Maka ini sebuah kitab yang kecil pada permulaan ilmu tassawuf, hamba himpunkan dia kerana peringatan bagi hamba sendiri dan bagi sekelian saudara saudara yang baru belajar, dan hamba namakan dengan " Penawar bagi hati" pada menerangkan barang yanag wajib dibersihkan daripada nya dan dihiasi dengan dia akan segala hati, dan hamba sebut didalamnya akan satu pendahuluan dan tiga kitab.

Wednesday, May 13, 2009

Pengumuman - Majlis Bacaan Ratib Al-haddad Rahimahullah - 16 May 2009

Bagi Pihak Ustaz Zul dan pelajar-pelajar Baitul Qurra',Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa " Majlis Bacaan Ratib Al-haddad Rahimahullah Bulanan" akan diadakan di Pondok Baitul Qurra’ hari Sabtu(malam ahad) 16 May 2009. Secara ringkasnya, majlis ini akan dimulakan dengan Solat Magrib berjemaah, diikuti oleh bacaan Ratib Al-Haddad, Majlis Tazkirah oleh tetamu jemputan, bacaan Qasidah, Solat Ishak berjemaah dan diakhiri dengan jamuan makan. Harap kepada semua yang melawati blog ini dapat menghadiri majlis ini andai berkesempatan


Aturcara Majlis:

1. Solat Maghrib berjemaah
2. Tazkirah oleh tetamu jemputan
3. Bacaan ratib
4. Solat Isyak berjemaah
5. Jamuan

Saturday, March 28, 2009

Pengumuman - Majlis Bacaan Ratib Al-haddad Rahimahullah - 1 April 2009

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa " Majlis Bacaan Ratib Al-haddad Rahimahullah Bulanan" akan diadakan di Pondok Baitul Qurra’ hari Rabu 1 April 2009. Secara ringkasnya, majlis ini akan dimulakan dengan Solat Magrib berjemaah, diikuti oleh bacaan Ratib Al-Haddad, Majlis Tazkirah oleh tetamu jemputan, bacaan Qasidah, Solat Ishak berjemaah dan diakhiri dengan jamuan makan. Harap kepada semua yang melawati blog ini dapat menghadiri majlis ini andai berkesempatan

Bacaan Ratib al-Haddad

Masa: Rabu minggu pertama setiap bulan

Aturcara Majlis:

1. Solat Maghrib berjemaah
2. Tazkirah oleh tetamu jemputan
3. Bacaan ratib
4. Solat Isyak berjemaah
5. Jamuan

Monday, March 23, 2009

Video MaulidurRasul

Gambar Gambar Maulid

Pada 8 March 2009, bersamaan 12 rabiualwal, MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL telah diadakan di Baitul Qurra. Majlis ini telah dihadiri oleh para habaib seperti HABIB KASIM IBN JA'FAR IBN MUHAMMAD as-Saqqaf al-Hadrami al-Husaini yang telah datang dari Hadramaut Yemen, Habib Ali Zain dan HABIB Najmudin. Majlis ini telah dihadiri oleh ramai tetamu dan mendapat sambutan yang amat baik. Alhamdulillah, segala puji pujian hanya bagi ALLAH yang telah memgizinkan Majlis ini berjalan dengan lancar dan Baik.







Tazkirah Maulidurrasul: NIKMAT ISLAM

Disampaikan oleh: HABIB KASIM IBN JA'FAR IBN MUHAMMAD as-Saqqaf al-Hadrami al-Husaini.

(Nota berikut merupakan nota ringkas yang telah diambil ketika Habib sedang menyampaikan Tazkirahnya. )

1. Kalimat Syukur itu sendiri merupakan nikmat dari Allah. Nikmat Allah sentiasa diperbaharui dengan kita sentiasa melakukan sujud syukur. Manusia tidak mampu mensyukuri segala kenikmatan Yang Allah berikan.

2. Kita tidak sedar dengan kewujudan nikmat ALLAH sehingga nikmat itu ditarik balik Dari Allah

3. Cuba kita perhatikan salah satu nikmat dari Allah, iaitu kebolehan kita bernafas. Bila nikmat itu diambil , contohnya seperti ketika kita diserang dan dicekik orang, kita akan rasa betapa besarnya kehilangan kerana tidak dapat bernafas. Manusia tidak akan sedar akan kenikmatan yang diberi kepadanya sehingga kenikmatan itu dimabil daripadanya. Oleh itu kita wajib sentiasa bersyukur kepada Allah.

4. Antara nikmat-nikmat dari Allah yang besar adalah Nikmat Islam, kita digolongkan di dalam golongan yang beriman dan Kita digolongkan di dalam umat Nabi Muhammad(selawat dan salam ke atasa baginda) iaitu umat yang lebih baik daripada umat-umat yang terdahulu.

5. Daripada nikmat Islam itu sendiri, terkandung lebih banyak nikmat. Umat terdahulu menjadi debu dan dihancurkan kerana tidak beriman kepada Allah.Jibril(alaihissalam) pernah bertanya kepada Allah, mengapa manusia tidak dijadikan sama rata, lalu Allah menyatakan Dia lebih suka dikenali dan disyukuri oleh hamba-hambanya

6. Orang orang kafir turut menerima kenikmatan, contohnya kenikmatan Keamanan dan kenikmatan makanan walaupon tidak beriman Pada Allah Dan Rasul-Nya. Orang Islam menikmati kenikmatan yang khusus, iaitu tergolong dalam umat Nabi Muhammad (selawat dan salam keatas Baginda) dan menjadi pengikut baginda. Nikmat Khusus ini wajib kita syukuri sebagai orang yang beriman.

7. Nikmat Makanan, makanan mengandungi sumber-sumber nutrisi untuk keperluan badan. Bila dimakan, para malaikat menyalurkan kandungan-kandungan nutrisi di bahagian bahagian yang sudah ditetapkan Allah. Jika nutrisi nutrisi tidak disalurkan dengan betul, sudah tentu pertumbahan bahagian badan kita tidak seimbang.

8. Ilmu ilmu yang baru ditemui dan diterokai adalah sebagian kecil daripada ilmu Allah. Contohnya Maut, para doctor hanya dapat mendefinasikan mati itu bila jantung manusia telah berhenti dan otak tidak berfungsi lagi. Sementara para Ulama mendefinasikan maut itu apabila keluarnya roh dari jasad, atau bila roh berpisah daripada badan dan sesungguhnya Roh itu ada lah perkara khusus bagi Allah.

9. Marilah kita beramai ramai bersukur kepada nikmat terbesar iaitu nikmat Islam dengan berusaha meningkatkan keimanan. Dalam nikmat Islam , ada nikmat tergolongnya kita semua didalam golongan Nabi Muhammad (Selawat dan salam ke atas Baginda). Mensyukuri nikmat ini boleh dilakukan seperti mangamalkan sebanyak sunnah sunnah Nabi. mempelajari sirah2 Nabi, membaca Qasidah dan sebagainya.

10. Kita harus sedar, Islam itu merupakan Nikmat terbesar. Kita tidak pernah sekali pon berdoa kepada Allah,” Jadikan aku seorang Muslim….” Atau “ jadikan aku tergolong dalam Umat Nabi Muhammad …..” (selawat dan salam ke atas baginda). Sesungguhnya Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa Dia kehendaki.

11. Kita wajib untuk sentiasa bersyukur kepada Allah. Setiap nikmat wajib disyukuri, Ramai di antara kita banyak beribadat, tetapi sedikit sahaja golongn yang bersyukur. Maka jadilah dari golongan yang sedikit.

12. Antara cara cara terbaik kita melahirkan kesukuran kepada Allah ialah

a. Jangan sesekali kita meletakkan kepala untuk tido melainkan sudah melakukan solat sunat Witir

b. Dalam satu hari dan satu malam, buka dan baca lah AL-Quran walaupun hanya dengan membaca satu muka. Dan berhati hatilah jika kita tidak membaca Al-quran dalam tempoh seminggu.

13. Kita harus meyakini dan mengimani bahawa sebab kita mendapat semua nikmat ini adalah disebabkan Nabi Muhammad (selawat dan dalam ke atas baginda). Surga, Islam dan setiap kebaikan diperoleh para Muslim atas sebab Nabi junjungan kita ,Muhammad (selawat dan salam ke atas baginda). Amalan yang 70 para malaikat keletihan menulis ganjaranya adalah bersukur dan berterima kasih menerima kenikmatan disebabkan Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atas baginda)

Wednesday, February 25, 2009

Majlis Sambutan MaulidurRasul (SAW)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu

Dengan Izin Allah s.w.t keatas hambanya yang merancang, Ustaz Hj Zulkifli Hj Ismail dan sahabt-sahabat dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan para muslimin dan muslimat ke MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL pada hari Ahad 8 Mac bersamaan 11 Rabiulawal 1430H. Bertempat di Pondok Baitul Qurra' Wal-Ilmi, lorongHaji Abdul Wahid, Paya Rumput Jaya 76300, Sungai Udang Melaka.

Aturcara Majlis: 1900-2200hrs
  • Bacaan Ratib Al-Haddad (sebelum magrib)
  • Solat magrib berjenaah
  • Ucapan Pengerusi
  • Bacaan Maulid Nabi
  • SYarahan MaulidurRasul oleh Al-Habib
  • Alunan Qasidah Burdah
  • Solat Isya' Berjemaah
  • Jamuan
Penceramah jemputan adalah HABIB KASIM IBN JA'FAR IBN MUHAMMAD as-Saqqaf al-Hadrami al-Husaini. Beliau dilahirkan di Tarim, Hadramaut, Yemen pada tahun 1960. Beliau merupakan dari ahli keluarga as-Saqqaf hingga sampai ke usul mereka salasilah Saidina Husain bin Ali r.a.

Semoga dengan kehadiran para jemputan akan menyerikan lagi majlis ini dan diberkati Allah s.w.t InsyaAllah.

Jazakumullah Khairan.
Wassalam.

Friday, January 16, 2009

Ya Rasulullah Salamun A'layk - Qasidah Imam Al-Haddad


Ya Rasulullah Salamun Alaik - Salim Bin Hafidz dan Alwi Al-Haddad

يا رسول الله سلام عليك]

يَا إِمَامَ الرُّسْلِ يَا سَنَدِي
Wahai penghulu para rasul! Wahai sandaranku.
O the Chief of Prophets! O my relative.

أَنْتَ بَعْدَ الله مُعْتَمَدِي
Setelah Allah, engkau adalah peganganku.
After God, (next in line), you are the one I hold on (look to).

فَبِـدُنْيـَايَ وَآخِـرَتِي
Dalam urusan dunia dan akhiratku.
For the affairs of the world and the afterlife.

يا رسول الله خُذْ بِيَدِيْ
Wahai rasulullah! Bantulah aku.
O Prophet! Assist me.

عَطْفَـةً يَا جِيْرَةَ الْعَلَـمِ
Belas kasihmu wahai yang berjiran dengan Ka’bah.
Pity us! O neighbour of the Ka’bah.

يَا أُهَيْلَ الْجُوْدِ والْكَـرَمِ
Wahai keluarga yang bermurah dan mulia.
O the family that is generous and revered (pure).

نحنُ جِيْرَانٌ بِذَا الْحَـرَمِ
Kami berada berhampiran dengan Kota Haram.
We are near (neighbours) with the city of Haram.

حَرَمُ الإحْسَانِ والْحَسَـنِ
Kota yang penuh ihsan dan kebaikan.
The city that is full of good deeds and benefits.

نحن مِنْ قَوْمٍ بِهِ سَكَنـُوْا
Kami daripada kaum yang tinggal di Kota Haram.
We are from inhabitance of the city of Haram.

وَبِهِ مِنْ خَوْفِهِمْ أَمِنـُوْا
Di dalamnya mereka aman daripada ketakutan.
Inside is where those who live in peace, away from fear.

وَبِآيَاتِ الْقُرْآنِ عُنـُوْا
Dan oleh ayat-ayat Al-Quran mereka di perhatikan.
And the phrases of the Al-Quran are paid attention to.

فَاتَّئِـدْ فِيْنـَا أَخَا الْوَهَـنِ
Maka janganlah kamu tergesa-gesa atas kami wahai saudara yang lemah.
So don’t hasten towards us O weak relatives.

نَعْرِفُ الْبَطْحـَاء وَتَعْرِفُنـَا
Kami kenal kepada padang pasir (Mekkah) dan ia mengenal kami.
We are familiar with the deserts (of Makkah) and it’s familiar with us.

وَالصَّـفَا وَالْبَيْـتُ يَأْلَفُنـَا
Demikian pula Bukit Sofa dan Ka’bah.
So is the Hill of Sofa and the Ka’bah.

وَلَنَا الْمَعْـلَى وَخَيْـفُ مِنَى
Untuk kami Ma’la dan Khaif Mina.
For us the Ma’la and Khaif Mina.

فَاعْلَمَـنْ هذَا وَكُنْ وَكُـنِ
Ketahuilah engkau akan hal ini dan yakinlah.
You should be aware of this matter and be firm towards it.

وَلَنـَا خَيْـرُ الأَنـَـاِم أَبُ
Untuk kami sebaik-baik manusia sebagai ayah.
To be the best of fathers.

وعَـلِيٌّ الْمُرْتَضَـى حَسَـبُ
Dan Ali Al-Murtadha sebagai datuk kami.
And Ali as our grandfather.

وإِلَى السِّـبْطَيْـنِ نَنْتَسِـبُ
Kepada dua cucu Nabi (Hasan & Husein) kami bernasab.
And to the grandson’s of the Prophet we associate with.

نَسَبـًا مَا فِيْـهِ مِـنْ دَخَـنِ
Nasab yang tiada terdapat keraguan.
Associations that does not bare any doubt.

أَهْلُ بَيْتِ الْمُصْطَـفَى الطُّهُـرِ
Keluarga nabi yang suci.
The Family of the Prophet that is pure.

هُـمْ أَمَـانِ الأَرْضِ فَاذَّكِـرِ
Mereka pengaman dimuka bumi, maka ingatlah itu.
They are the peace on the face of the earth, so remember.

شُـبِّهُـوْا بِالأَنْجُـمِ الزُّهُـرِ
Mereka umpama bintang-bintang yang gemerlapan.
They are like the stars that shine.

مِثْلَ مَا قَدْ جَـاءَ فِي السُّنَـنِ
Sebagaimana telah di nyatakan dalam hadith-hadith.
Similar to what has been said in the hadith (Sayings of the Prophet).

وسَـفِـيْنٌ لِلنَّـجَـاةِ إِذَا
Mereka umpama bahtera keselamatan bila.
They are like a boat of safety when.

خِفْتَ مِنْ طُوْفَانِ كُلِّ أَذًى
Kau takut angin taufan yang menghanyutkan.
You are afraid of the monsoon that will drown.

فَانْجُ فِيْهَا لاَ تَكُوْنُ كَـذَا
Maka naiklah ke atasnya kau akan selamat.
So board the boat such that you’d be safe.

فَاعْتَصِمْ بِاللهِ وَاسْتَعِنِ
Berpegang teguhlah dengan Allah dan mintalah pertolongan.
Hold steadfast to Allah and ask for His forgiveness.

رَبِّ فَانْفَعْنَا بِبَرْكَتِهِمْ
Ya Allah, kurniakanlah kami dengan berkat mereka.
O Allah, bless with the berkah of “them”.

وَاهْدِنَا الْحُسْنَى بِحُرْمَتِهِمْ
Berilah petunjuk pada kami jalan yang baik dengan kehormatan mereka.
Show us to the path of righteousness with the “pride that is theirs”.

وَأَمِتْـنَا فِي طَرِيْقَتِهِمْ
Matikanlah kami pada jalan mereka.
Have us rest with the to their “path”.

وَمُعَـافَاةٍ مِنَ الْفِتَنِ
Serta selamatkanlah kami dari fitnah.
And save us from “back-biting”.

ثُمَّ لاَ تَغْتَرَّ بِالنَّسَبِ
Janganlah engkau membanggakan diri dengan nasabmu.
Don’t be proud of yourself for your ancestry.

لاَ وَلاَ تَقْنَعْ بِكَانَ أَبِي
Dan jangan pula engkau merasa cukup dengan kejayaan ayahmu.
And don’t feel satisfied by the success of your fathers.

وَاتَّبِعْ فِي الْهَدْيِ خَيْرَ نَبِيّ
Ikutilah sebaik-baik nabi dalam petunjuknya.
Follow the best of paths of the Prophets through their advices.

أحْمَدِ الْهَادِي إلَى السَّنَنِ
Iaitu Ahmad, pemberi petunjuk pada jalan yang benar.
He is Ahmad, the giver of the advice that leads to the path of righteousness.

Friday, January 2, 2009

Kalimah Allah di Baitul Qurra

Gambar ini telah diambil oleh salah seorang sahabat yang telah menghadiri Majlis Bacaan Ratib Imam Al-Haddad pada 6 Desember yang lalu. Gambar gambar dibawah Jelas menunjukkan tertulisnya Kalimah Allah di Langit.