Saturday, November 29, 2008

Adab-Adab Seorang Murid

  1. Apabila ia menemui gurunya, maka hendaklah ia memberi salam kepadanya terlebih dahulu
  2. Jangan membanyakkan bercakap-cakap di hadapan gurunya
  3. Jangan ia bercakap-cakap sebelum gurunya bertanya kepadanya
  4. Jangan ia bertanya kepada gurunya sebelum ia meminta izin
  5. Jangan ia menyangkal (menunjukkan rasa tidak puas hati) terhadap perkataan gurunya seperti ia berkata si folan itu menyalahi akan yang engkau kata itu
  6. Jangan ia mengisyaratkan kepada gurunya dengan menyalahi pendapatnya, maka menyangka bahawa ia lebih mengetahui daripada gurunya
  7. Jangan ia berbisik-bisik dengan orang yang duduk ditepinya ketika gurunya memberikan pelajaran
  8. Jangan ia berpaling ke kiri dan ke kanan di hadapan gurunya tetapi hendaklah ia menundukkan kepalanya dengan penuh tenang lagi beradab seolah-olah dia sedang sembahyang
  9. Jangan ia membanyakkan soalan kepada gurunya ketika ia letih
  10. Apabila gurunya berdiri hendaklah ia berdiri untuk menghormatinya
  11. Jangan mengikuti gurunya dengan perkataan atau soalan ketika ia bangkit daripada majlisnya
  12. Jangan bertanya kepada gurunya di tengah jalan sehingga ia sampai ke rumahnya atau ke tempat duduknya
  13. Jangan ia jahat sangka terhadap gurunya apabila ia melihat gurunya mengerjakan suatu pekerjaan yang pada zahirnya menyalahi ilmunya (bukan menyalahi agama), maka gurunya itu adalah lebih mengetahui dengan rahsia segala perbuatannya dan dalam hal ini hendaklah ia mengingati akan perkataan Nabi Musa a.s bagi Nabi Hidir a.s seperti yang disebutkan di dalam al-Quran:

Maksudnya: “....berkata (Nabi Musa a.s kepada Nabi Hidir a.s) apakah engkau rosakkan kapal ini untuk engkau meneggelamkan semua penumpangnya, sesungguhnya engkau telah melakukan suatu perbuatan yang munkar.

(Al- Kahfi:71)

Maka hendaklah dia mengingati bahawa sebenarnya dia yang tersalah pada keingkarannya itu, kerana ia hanya memandang hukum yang zahir pada sisinya sahaja

Rujukan:

Kitab Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah) karangan al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid al-Ghazali [mukasurat 168]

Adab-Adab Dengan Sahabat

  1. Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya. Jikalau ia tidak kuasa berbuat demikian, maka sekurangnya hendaklah ia memberikan kepada sahabatnya apa-apa yg lebih daripada hajat dirinya
  2. Menolong sahabat dgn diri pada segala hajatnya dengan cara bersegera, sebelum berkehandak sahabatnya bahawa ia meminta tolong akan dia
  3. Menyembunyikan rahsia sahabat
  4. Menutup keaiban sahabat
  5. Berdiam drpd menyampaikan perkataan org lain yg mencela sahabatnya
  6. Menyampaikan segala perkataan org lain yg memuji akan sahabanya
  7. Mendengarkan dgn baik akan perkataan sahabatnya ketika ia bercakap
  8. Meninggalkan berbantah dgn sahabatnya
  9. Memanggil sahabanya dgn nama terlebih disukainya
  10. Memuji sahabatnya dgn apa yg diketahui drpd kebaikannya
  11. Berterima kasih kpd sahabatnya atas sebarang kebaikannya
  12. Menegahkan orang lain apabila ia mahu mengumpat sahabatnya seperti ia membela dirinya sendiri
  13. Memberi nasihat dengan cara yg lemah lembut dan bahasa yang halus apabila ia berkehandak menasihati sahabatnya
  14. Memaafkan drpd sebarang kesilapan dan kesalahan sahabatnya. Maka janganlah ia mencelanya
  15. Mendoakan sahabatnya apabila ia duduk bersendirian, ketika sahabatnya itu masih hidup ataupun selepas ia mati
  16. Mengekalkan kecintaan terhadap keluarga sahabatnya selepas kematian sahabatnya
  17. Jangan suka memberatkan sahabatnya dengan bebanan dan tanggungjawab, bahkan hendaklah ia meringankan drpdnya supaya ia sentiasa berasa senang hati kpdnya
  18. Menyatakan rasa kesukaan dengan segala yang menyukai hati sahabatnya, dan menyatakan rasa kesusahan pada segala yang menyusahkan hati sahabatnya
  19. Menyamakan antara hakikat kecintaan yg wujud di dlm hati dgn apa yang nampak di luar, maka dengan ini barulah kecintaan ini diaggap benar
  20. Memulakan memberi salam ketika ia menemui sahabatnya
  21. Meluaskan tempat duduk kpd sahabatnya ketika ia masuk ke dalam majlis dan hendaklah ia berpindah dari tempat duduknya ke tempat yang lain ketika ia tidak dapat berbuat demikian
  22. Hendaklah bangkit menghantarkan sahabatnya itu (sehingga sampai ke pintu rumahnya) ketika keluar ia dr rumahnya
  23. Hendaklah ia berdiam ketika sahabatnya bercakap-cakap, sehingga ia selesai drpd percakapannya dan janganlah ia suka mencelah ketika sahabatnya sedang bercakap-cakap

Rujukan:

Kitab Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah) karangan al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid al-Ghazali [halaman 180]

Wednesday, November 26, 2008

DAURAH FARDHU AIN DI BAITUL QURRA’ WAL ILMI, PAYA RUMPUT JAYA, MELAKA

Dengan sukacita dimaklumkan bahawa Daurah Fardhu Ain akan diadakana selama 2 minggu bermula pada 24 November 2008 sehingga 7 Disember 2008.

Pengajian ini terbuka kepada sesiapa yang berminat.

Jadual Perjalanan

  • Qiamullail satu jam sebelum Subuh
  • Solat Subuh dan bacaan Wirdul Latif
  • Bacaan al-Quran mengikut kumpulan
  • Kuliah pertama pada jam 10 pagi
  • Kuliah kedua pada jam 11.30 pagi
  • Solat Zuhur
  • Tazkirah disampaikan oleh penuntut daurah
  • Kuliah ketiga pada jam 3 petang
  • Solat Asar
  • Kuliah keempat pada jam 5 petang
  • Solat Maghrib
  • Bacaan Ratib al-Haddad
  • Solat Isyak
  • Kuliah kelima jam 9 malam
  • Makan malam pada jam 10.30 malam
  • Tidur

Kitab Pengajian

  • Risalah Tauhid
  • Safinatun Naja

Program Khas Sepanjang Daurah

1. Bacaan Ratib al-Haddad bulanan dan majlis tazkirah

  • Tetamu Khas: Habib Ali Zainal Abidin al-Hamid
  • Tarikh: 03/12/2008

2. Bacaan Maulid Diba’i

  • Masa: Khamis malam Jumaat

3. Majlis Khatam al-Quran dan Bacaan Doa

  • Tarikh: 04/12/2008
  • Masa: Khamis pagi

4. Ziarah ke perkuburan alim ulama sekitar daerah Sg Udang

  • Masa: Jumaat pagi

TAKWIM BAITUL QURRA’ WAL ILMI TAHUN 2008

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti mana-mana program dibawah , kehadiran anda adalah amat dialu-alukan.


PROGRAM MINGGUAN

Kuliah Dhuha

Hari: Setiap Ahad

Masa: 10 pagi-11 pagi

Kitab Kuliah: Tajzib Atraful Hadith dan Tafsir Nurul Ikhsan

PROGRAM BULANAN

Bacaan Ratib al-Haddad

Masa: Rabu minggu pertama setiap bulan

Aturcara Majlis:

  1. Solat Maghrib berjemaah
  2. Tazkirah oleh tetamu jemputan
  3. Bacaan ratib
  4. Solat Isyak berjemaah
  5. Jamuan

PROGRAM TAHUNAN

Daurah Fardhu Ain

24 November 2008 hingga 7 Disember 2008

Suasana di Baitul Qurra'


Kawasan Beriadah di Baitul Qurra'


Pondok-pondok para pelajar

Dewan Utama Baitul Qurra' di bahagian kiri, bersebelahan dengan penempatan Ustaz

Friday, November 21, 2008

Students and Teacher of Baitu Qurra'

Majlis Sulung Memperingati Imam Abdullah Al-Haddad Rahimahullah di Pondok Baitul Qurra' Wal 'Ilmi Negeri Melaka Pada Tanggal 7 Dzul-Qaidah 1429 Hijrah

Suasana di dalam majlis

Majlis Sulung Memperingati Imam Abdullah Al-Haddad Rahimahullah bulanan telah diadakan di Pondok Baitul Qura’ Wal Ilmi di Negeri Melaka pada tanggal 7 Dzul-Qai’dah 1429 Hijrah bersamaan dengan 6 November 2008. Baitul Qura’ Wal ‘Ilmi mengucapkan Jazakumullah Khairan Kathira kepada Persatuan Hawi Al-Khairat kerana sudi menjadikan madrasah ini sebagai tuan rumah bagi Majlis Memperingati Perjuangan Dakwah Imam Abdullah Al-Haddad Rahimahullah. Majlis ini juga telah dihadiri oleh Al-Habib Taufiq Abdul Qadir As-Seggaf dan Al-Habib Saleh Al-Jufri serta rombongan.

Ustaz Shauqi (adik Ustaz Zulkifli) sedang mengetuai bacaan syair Imam Abdullah Al-Haddad Rahimahullah

Suasana di dalam dewan


Al-Habib Taufiq Abdul Qadir As-Seggaf


Pengumuman - Majlis Bacaan Ratib Al-haddad Rahimahullah bulanan

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa " Majlis Bacaan Ratib Al-haddad Rahimahullah Bulanan" akan diadakan di Pondok Baitul Qurra’ pada setiap hari Rabu diminggu pertama pada setiap bulan. Secara ringkasnya, majlis ini akan dimulakan dengan Solat Magrib berjemaah, diikuti oleh bacaan Ratib Al-Haddad, Majlis Tazkirah oleh tetamu jemputan, bacaan Qasidah, Solat Ishak berjemaah dan diakhiri dengan jamuan makan. Harap kepada semua yang melawati blog ini dapat menghadiri majlis ini andai berkesempatan.

Location Of Baitul Qurra'



The map above shows the location of Baitul Qurra’

Brief Introduction

All praises due to Allah. We praise him. Seek his help, and forgiveness. We seek refuge in Allah from the evil in our souls and from our sinful deeds. Whoever Allah guides, no one can mislead. Whoever Allah leads astray, no one can guide. I bear witness that there is no one worthy of worship except Allah. I also bear witness that Muhammad is His servant and messenger.

To proceed:

This new blog has been created on the basis of few objectives. First of all, it has been initiated with the intention of introducing this small establishment to the outside world. Secondly, we hope to introduce the respected teachers that sacrifice their time and efforts in educating the students to master the knowledge of Islam. Third is to share all current activities and also the dakwah efforts that are being carried out at the establishment.

Currently the editors of this blog are preparing the first few posts. Please do be patient while waiting for this blog to be properly edited and updated.

Last but not least, I wish you all the best and I pray that our efforts and sacrifice will be accepted and rewarded by Allah. May ALLAH grant us success here and the hereafter. We ask Allah to accept this deed from us. We ask Allah too make it a deed that is done purely for His Sake. I seek forgiveness for any shortcomings and flaws contained in this document and I seek forgiveness from Allah.

And Allah almighty knows best.

Allah alone give success