Saturday, November 29, 2008

Adab-Adab Seorang Murid

  1. Apabila ia menemui gurunya, maka hendaklah ia memberi salam kepadanya terlebih dahulu
  2. Jangan membanyakkan bercakap-cakap di hadapan gurunya
  3. Jangan ia bercakap-cakap sebelum gurunya bertanya kepadanya
  4. Jangan ia bertanya kepada gurunya sebelum ia meminta izin
  5. Jangan ia menyangkal (menunjukkan rasa tidak puas hati) terhadap perkataan gurunya seperti ia berkata si folan itu menyalahi akan yang engkau kata itu
  6. Jangan ia mengisyaratkan kepada gurunya dengan menyalahi pendapatnya, maka menyangka bahawa ia lebih mengetahui daripada gurunya
  7. Jangan ia berbisik-bisik dengan orang yang duduk ditepinya ketika gurunya memberikan pelajaran
  8. Jangan ia berpaling ke kiri dan ke kanan di hadapan gurunya tetapi hendaklah ia menundukkan kepalanya dengan penuh tenang lagi beradab seolah-olah dia sedang sembahyang
  9. Jangan ia membanyakkan soalan kepada gurunya ketika ia letih
  10. Apabila gurunya berdiri hendaklah ia berdiri untuk menghormatinya
  11. Jangan mengikuti gurunya dengan perkataan atau soalan ketika ia bangkit daripada majlisnya
  12. Jangan bertanya kepada gurunya di tengah jalan sehingga ia sampai ke rumahnya atau ke tempat duduknya
  13. Jangan ia jahat sangka terhadap gurunya apabila ia melihat gurunya mengerjakan suatu pekerjaan yang pada zahirnya menyalahi ilmunya (bukan menyalahi agama), maka gurunya itu adalah lebih mengetahui dengan rahsia segala perbuatannya dan dalam hal ini hendaklah ia mengingati akan perkataan Nabi Musa a.s bagi Nabi Hidir a.s seperti yang disebutkan di dalam al-Quran:

Maksudnya: “....berkata (Nabi Musa a.s kepada Nabi Hidir a.s) apakah engkau rosakkan kapal ini untuk engkau meneggelamkan semua penumpangnya, sesungguhnya engkau telah melakukan suatu perbuatan yang munkar.

(Al- Kahfi:71)

Maka hendaklah dia mengingati bahawa sebenarnya dia yang tersalah pada keingkarannya itu, kerana ia hanya memandang hukum yang zahir pada sisinya sahaja

Rujukan:

Kitab Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah) karangan al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid al-Ghazali [mukasurat 168]

No comments: