Saturday, November 29, 2008

Adab-Adab Dengan Sahabat

  1. Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya. Jikalau ia tidak kuasa berbuat demikian, maka sekurangnya hendaklah ia memberikan kepada sahabatnya apa-apa yg lebih daripada hajat dirinya
  2. Menolong sahabat dgn diri pada segala hajatnya dengan cara bersegera, sebelum berkehandak sahabatnya bahawa ia meminta tolong akan dia
  3. Menyembunyikan rahsia sahabat
  4. Menutup keaiban sahabat
  5. Berdiam drpd menyampaikan perkataan org lain yg mencela sahabatnya
  6. Menyampaikan segala perkataan org lain yg memuji akan sahabanya
  7. Mendengarkan dgn baik akan perkataan sahabatnya ketika ia bercakap
  8. Meninggalkan berbantah dgn sahabatnya
  9. Memanggil sahabanya dgn nama terlebih disukainya
  10. Memuji sahabatnya dgn apa yg diketahui drpd kebaikannya
  11. Berterima kasih kpd sahabatnya atas sebarang kebaikannya
  12. Menegahkan orang lain apabila ia mahu mengumpat sahabatnya seperti ia membela dirinya sendiri
  13. Memberi nasihat dengan cara yg lemah lembut dan bahasa yang halus apabila ia berkehandak menasihati sahabatnya
  14. Memaafkan drpd sebarang kesilapan dan kesalahan sahabatnya. Maka janganlah ia mencelanya
  15. Mendoakan sahabatnya apabila ia duduk bersendirian, ketika sahabatnya itu masih hidup ataupun selepas ia mati
  16. Mengekalkan kecintaan terhadap keluarga sahabatnya selepas kematian sahabatnya
  17. Jangan suka memberatkan sahabatnya dengan bebanan dan tanggungjawab, bahkan hendaklah ia meringankan drpdnya supaya ia sentiasa berasa senang hati kpdnya
  18. Menyatakan rasa kesukaan dengan segala yang menyukai hati sahabatnya, dan menyatakan rasa kesusahan pada segala yang menyusahkan hati sahabatnya
  19. Menyamakan antara hakikat kecintaan yg wujud di dlm hati dgn apa yang nampak di luar, maka dengan ini barulah kecintaan ini diaggap benar
  20. Memulakan memberi salam ketika ia menemui sahabatnya
  21. Meluaskan tempat duduk kpd sahabatnya ketika ia masuk ke dalam majlis dan hendaklah ia berpindah dari tempat duduknya ke tempat yang lain ketika ia tidak dapat berbuat demikian
  22. Hendaklah bangkit menghantarkan sahabatnya itu (sehingga sampai ke pintu rumahnya) ketika keluar ia dr rumahnya
  23. Hendaklah ia berdiam ketika sahabatnya bercakap-cakap, sehingga ia selesai drpd percakapannya dan janganlah ia suka mencelah ketika sahabatnya sedang bercakap-cakap

Rujukan:

Kitab Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah) karangan al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid al-Ghazali [halaman 180]

No comments: