Tuesday, December 9, 2008

TAZKIRAH HABIB ALI ZAINAL ABIDIN (Part 2)

Kelebihan 10 Malam Pertama Zulhijjah

“Demi malam yang sepuluh”

Surah al-Fajr:ayat 2

Seorang mufassir, as-Subki menafsir bahawa 10 malam dalam surah tersebut adalah 10 malam pertama di bulan Zulhijjah

Antara kelebihan 10 malam ini ialah:

  • Berpuasa sehari di siang harinya seumpama berpuasa setahun
  • Berpuasa pd Hari Arafah (9 Zulhijah) menghapuskan dosa yang sebelum dan selepasnya
  • Mereka yang menghidupkan malam dengan qiamullail umpama menghidupkan Lailatulqadar

Sifat Orang Mencari Ilmu

Bagi mereka yang belajar agama, perkara pertama yang terpenting ialah IKHLAS kerana Allah s.w.t

Barangsiapa yang mencari ilmu agama yang sepatutnya untuk Allah s.w.t tetapi dibuat bukan kerana Allah s.w.t tidak akan mencium bau syurga

Mereka ini diumpamakan seperti anjing, lidah mereka akan sentiasa terjulur

Ciri-Ciri Orang Yang Kuat Mencari Ilmu

1. Sifat TAQWA kepada Allah s.w.t dengan sentiasa merasakan diri ini sentaisa diawasi oleh Nya

  • Kisah seorang guru yang lebih mengasihi seorang anak muridnya daripada muridnya yang lain
  • Guru tersebut lantas menguji muridnya agar menyembelih seekor ayam di tempat yang tidak dapat dilihat oleh sesiapa
  • Semua muridnya kembali membawa ayam yang sudah mati disembelih, namun anak muridnya yang lebih dikasihi itu gagal melaksanakan arahan gurunya kerana dia tidak menjumpai tempat yang mana tiada siapa pun melihatnya di dunia ini, dia tahu Allah s.wt sentiasa melihatnya
  • Begitu juga dengan sifat mereka yang apabila hendak berbuat dosa dihadapan orang, mereka nampak seperti orang bertaqwa, namun apabila dibelakang mereka melakukan dosa dan berperangai buruk

2. Sifat TAWADHUK kepada manusia lain

  • Dalam sebuah kisah, seorang ayah telah meminta anaknya untuk menajamkan pisau di al-Haddad (tukang besi)
  • Namun anaknya telah membawa pisau itu kepada Habib Abdullah Al-Haddad, maka Imam al-Haddad telah mengarahkan anak itu pulang dan mengambil kembali pisaunya esok walaupun pada ketika itu beliau telah buta
  • Beginilah sifat orang yang berilmu, apabila bertambah ilmu semakin bertawadhuk dia

3. ZUHUD kepada dunia

4. MUJAHADAH LINAFSIHI

  • Bermujahadah dalam mengamalkan ilmu yang pelajarinya sebelum disampaikan kepada orang lain untuk diamalkan

2 comments:

Nurjannah Saifullah said...

Assalaamu'alaykum...

BaarokaLlaahu fiikum buat tok guru yg ana hormati krn Allaah Al-Mu'allim Tn.Hj.Zulkifli Hj.Ismail, Al-Mu'allim Al-Habib Syed Nor Azman, Al-Mu'allim Ust M.Nor, dan sekalian tenaga pengajar Baitul-Qurra', anak isteri dan penuntut2 dan bekas penuntut Baitul Qurra'.

Ana Jannah dari Sabah. Baru jek jumpa blog Baitul-Qurra' hari ni dr sorg blogger yg juga bekas pelajar Baitul Qurra'...

Rindunyer ngan majlis2 ilmu kt Baitul Qurra'. Rindu ngan selawat yg terkandng dlm kitab Maulid Ad-Daibai' . Kami smua kt sabah ni teringin nk p lagi bertalaqqi kitab lagi kt sane. tahun lepas, pas g ngaji pndok masa cuti 2 minggu tu, ana dan sahabat2 ada rancangan nk p lagi bertalaqqi kitab kt sane hjg thn 2008, tpi tergendala dsbbkn ada bbrapa pgram da'wah d sabah yg telah d aturkn yg perlu dhadiri.

Insha'Allaah, moga tahun ni ada lg kesempatan utk mngaji scara talaqqi kt sane. mmg Baitul Qurra' tempat mnuntut ilmu yg penuh keberkatan. Sgala puji-pujian kembali kpd Allah jua. Ana ingat pesan ustaz, yang bercita-cita utk mlahirkn tentera da'wah sramai mungkin. Insha'Allaah doakan kami agar berjaya mnjadi salah sorg tentera da'wah tu...

Ni blog ana: http://www.al-syahidah.blogspot.com/

Mohon teguran dari Ustaz muhtaram fii sabiliLlaah atas sgala salah silap ana...

Al-faqirah waddhoifah ilaLlaah

Anonymous said...

Jazakallah for the support.