Saturday, December 26, 2009

Majlis Bersama Guru Mulia al-Hafiz al-Musnid Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz

1) Tarikh : 10 januari 2010 / 23 Muharram 1431 H
Tempat : Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya, Selangor
Masa : 6 petang hingga 10 malam

2) Tarikh : 12 januari 2010 / 25 Muharram 1431 H
Tempat : Baitul Qurra, Sungai Udang, Melaka
Masa : 6 petang hingga 10 malam


Siapakah al-Hafiz al-Musnid Habib Umar???
- nama penuh beliau ialah Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin ‘Abdullah bin Abu Bakar bin ‘Aydrus bin Umar bin ‘Aydrus bin Umar bin Abu Bakar bin ‘Aydrus bin Hussain bin Syaikh Abu Bakar bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin ‘Abdullah bin Abdurrahman as-Saqqaf bin Muhammad Maula al-Dawilah bin ‘Ali bin ‘Alawi bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shahib al-Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidullah bin Ahmad al-Muhajir bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussain as-Sibt putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Tholib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Sayyidina al-Musthofa Muhammad s.a.w. Beliau adalah keturunan yang ke-39 daripada baginda al-Musthofa Nabi Muhammad s.a.w melalui salasilah Sayyidina Hussain as-Syahid bin Ali bin Abi Tholib RA.

Semenjak kecil lagi Habib Umar telah menghafal al Quran. Beliau merupakan seorang ahli hadis yang mencapai taraf al-Hafiz, iaitu telah menghafal lebih 100 000 hadis berserta sanad dan hukum matan. Beliau juga digelar dengan panggilan al-Musnid, iaitu orang yang mampu menghafal penuh setiap salasilah hadis sehingga Nabi Muhammad s.a.w. Beliau juga digelar al-Mufassir, iaitu ahli tafsir al-Quran yang menghafal setiap asbabulnuzul dan didukung dengan hadis-hadis yang sahih beserta asbabul wurudnya.

Habib Umar adalah seorang pendakwah dan ahli sufi yang telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang terkenal iaitu Darul Mustafa di Tarim, Hadramaut, Yaman. Beliau juga tersenarai di dalam "The 500 Most Influential Muslims" di nombor ke 33. Habib Umar merupakan guru yg amat dihormati al-Allamah al-Ustaz al-Fadhil Haji Zulkifli bin Haji Ismail, mudir Pondok Baitul Qurra' Wal Ilmi.

Kehadiran tuan / puan dialukan dan amat dialukan2 jika ada sumbangan kewangan bagi membiayai majlis ini. Sila panjangkan email ini kepada rakan Muslim di Melaka dan sekitarnya. Semoga kehadiran / sumbangan daripada anda mendapat kasih sayang Allah SWT .Sebarang sumbangan sila serahkan pondok Baitul Qurra atau hubungi Al Fadhil Ustaz Zulkifli sendiri.

6 comments:

otam67 said...

As Salam,

Saya telah siarkan di blog ana , kenapa lambat .....patut anta kena cepat promote majlis ini.

Kedua, kenapa tidak maklumkan mohon sumbangan , so org ramai boleh hulurkan sumbangan , jadi majlis lebih tersusun daripada majlis dahulu ..dimana tempat makanan muslimat patut diasing daripada lelaki ......penatia perlu ramai ...malu tuan Al Fadil Ustaz Zul turun padang ambil lauk untuk Habib ....mana pergi anak murid yang ramai ..buat malu ...tak belajar adab ke...? patut anak murid kena layan para habibae ..bukan Ustaz Zul ...sekdar renungan .......yang baik daripada Allah dan beruk daripada kelemahan ana sendiri.

otam67 said...

blog ana - otam67blogspot.com

Kalghari Network™ said...

Assalamualaikum us, izinkan saya nak bertanya.

Kat baitul qurra ade klas untuk pelajar separuh masa tak. mcam untuk pelajar ipt waktu hujung2 minggu.

atau boleh mintak pada us untuk buatkan kelas? harap us boleh beritahu. terima kasih.

Baitul Qurra' Wal 'Ilmi said...

waalaikumsalam wbt,

Kepada "Kalghari Network", diharapkan dapat meninggalkan no telefon @ email untuk dihubungi.

Kebiasaannya di BQ ada mengendalikan program Daurah Ilmiah setiap tahun terbuka terutamanya buat pelajar IPT.

Wassalam

tulip putih said...

salam, sy dan kawan2 dr selangor berminat nak pg baitul qura sempena cuti sekolah ni,tp x tahu mcm mn nak pg dan tempat tinggal ada disediakan tak untuk muslimat?,sy dah cb tel no baitul qura' tp no tersebut tlh ditamatkan.. blh x tlg emailkan sy no tel baitul qura' atau emailkan sy ttg kemudahan tempat tinggal dan cara nak pg sn? ni email sy: manisnyaapple@gmail.com

Mohd Muizz Fitri said...

Assalamualaikum. Boleh ke org luar dtg dgr belajar tanpa tetapan masa? Maaf saya masih mencari. Jika boleh sudi emelkan jadual untuk saya dtg ke pondok. Sy bkrja di utc melaka dan menetap di tampin. momufit86@yahoo.com