Hasil tulisan disini dipetik dari Kitab tasawuf "Penawar Bagi Hati" ditulis oleh Sheikh Abdul Qadir Bin Abdul Muttalib . Kitab ini adalah kitab asas bagi ilmu tasawuf, diterbitkan didalam tulisan jawi. Kitab ini diajar di Masjid Al-alami MITC Melaka pada setiap hari Rabu.
Kata Pengantar
Segala puji bagi Allah Ta'ala tuhan yang menjadikan ia akan jin dan manusia supaya mengerjakan mereka itu akan ibadat, lagi yang sangat mengetahui Ia akan yang tersembunyi didalam dada dan segala mata yang khianat dan lagi akan bertanya, Ia akan bertanya Ia daripada pendengar dan penglihat dan hati dan lan lainnya pada hari Qiamat, dan selawat dan salam adalah keduanya bagi Nabi yang dibangkitkan kepada sekelian alam kerana rahmat, yang bersabda ia, "bahawasanya Allah Ta'ala tiada menilik Ia kepada rupa kamu dan tetapi menilik Ia kepada segala hati kamu, dan atas sekelian keluarganya dan sahabatnya yang membersihkan mereka itu akan segala hati mereka itu daripada sifat sifat kecelaan, dan menghiasi mereka itu akan dia dengan perangai yang yang baik dan sifat kepujian.
Ammaba'd
Maka ini sebuah kitab yang kecil pada permulaan ilmu tassawuf, hamba himpunkan dia kerana peringatan bagi hamba sendiri dan bagi sekelian saudara saudara yang baru belajar, dan hamba namakan dengan " Penawar bagi hati" pada menerangkan barang yanag wajib dibersihkan daripada nya dan dihiasi dengan dia akan segala hati, dan hamba sebut didalamnya akan satu pendahuluan dan tiga kitab.
12 Tahun Hembusan
8 years ago
2 comments:
salam..
boleh tolong update berkaitan perkembngn terkini Baitul Qurra'..
saya dulu bekas pelajar kat situ..dan sgt berkenan mengetahui perkembngn terkini pondok barakah ini..
jazakk..
waalaikumsalam wbt,
kepada saudara Dr Zahau, Insyallah anda boleh mengikuti posting2 terkini di blog ini berkaitan program yg dijalankan di BQ.
Wassalam
Post a Comment